Friday, 12 May 2017

Cabaran

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Selawat dan salam buat Nabi junjungan, Rasulullah s.a.w, para sahabat dan kaum keluarga baginda. 

Setiap orang pasti mendepani pelbagai cabaran dalam kehidupan. Yakinlah setiap ujian itu mengandungi 1001 hikmah yang nampak dan tidak nampak. Dan setiap ujian yang dilalui kita dalam kehidupan seharian adalah sesuai dengan kemampuan diri kita sendiri. 

Apakah yang anda lalui dan depani hari ini? Soal kerja? Soal keluarga? Soal wang? Soal masa depan yang tidak pasti? Kegelisahan ini harus dilalui dengan bijak dan penuh waspada. Berhadapan dengan masalah bagi diriku adalah salah satu cara untuk lebih mengenali diri dan memperbaiki pilihan yang kita ada. Melalui jalan usaha terlibat dalam perniagaan dan menjalankan perniagaan berasaskan soya dan tauge bukanlah suatu yang mudah. Adakah sebab minat usaha ini diteruskan? Tidak sepenuhnya. Usaha menjalankan perniagaan berasaskan Soya dan tauge merupakan usaha yang menuntut kesabaran yang tinggi. Mengapa? Bukan kerana tidak mendapat sambutan, namun kerana bidang ini asing dan susah untuk diperoleh maklumat mengenainya. 

Sepanjang diriku mengusahakan perniagaan ini, yang pertama, pastinya mereka tidak menjangka usaha ini mampu dilakukan secara berterusan dari tahun ke tahun. Kini, diriku sudah menjengah ke tahun yang ketiga. Masih mampu berdiri dan masih berniat untuk meneruskan secara konsisten. Masuk tahun yang kedua untuk perniagaan berasaskan soya iaitu Tauhu, Taufufa dan Air Soya. Seperti tauge, pembuatan ketiga-tiga produk berasaskan soya ini juga jarang-jarang kedengaran kesanggupan orang Islam untuk mengusahakannya. Kenapa tidak? Apa jua bidang dalam bidang perniagaan tidak terhad kepada latar belakang bangsa mahupun agama. :)

Air tangan sendiri...batch awal penghasilan

Diriku masih mahu melangkah lebih jauh lagi...terlalu banyak yang perlu dipelajari dan terlalu banyak ruang yang harus dan terus untuk diperbaiki. Cabaran bukan hanya kerana tidak mampu memperoleh maklumat yang banyak, namun kesukaran untuk mengamalkan dan melaksanakan ilmu yang diriku ada juga adalah satu cabaran yang besar. Ramai yang bertanya untuk mempelajari ilmu-ilmu penghasilan produk berasaskan soya dan tauge. Namun, ramai jua yang terpaksa ditolak permintaanya buat masa ini. InsyaAllah satu hari nanti ilmu ini pasti diperturunkan untuk dimanfaatkan. 

Cabaran itu memeningkan...namun kerana adanya cabaran dalam hidup kita perlu lebih berusaha untuk menjadi yang lebih baik. 

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

12/05/2017
6.29pm

No comments:

Post a Comment