Tuesday 1 June 2021

Gambar seribu makna

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Fasa ini adalah fasa yang mencabar buat semua. Fasa yang memerlukan kita bertahan dengan pelbagai cara tidak kira secara fizikal, mental mahupun emosi. Memerangi sesuatu yang tidak nampak. Garis panduan yang terasa mengongkong dan menyekat kita daripada menjalani kehidupan seperti yang kita lalui sebelum sebelum ini. 

Fasa kelangsungan ini bukan hanya untuk memastikan keperluan diri dipenuhi, malah kelangsungan orang yang berada di sekeliling kita terutamanya ahli keluarga terdekat dan sanak saudara. Jika retak dan koyak jiwa, pasti akan membawa kesan yang buruk terhadap diri dan orang di sekitar kita. 

Bersabarlah dan carilah sesuatu yang mudah namun mampu membuatkan kita tersenyum. Carilah walaupun ianya sesuatu yang mudah yang boleh membuatkan kita kembali waras dan fokus akan perjuangan untuk bertahan dalam fasa pandemik ini. Carilah suatu kegembiraan agar jiwa kita tetap positif. 

Setiap dugaan itu hanya diberikan kepada kita sesuai dengan kemampuan kita. 

Setiap kita harus mengintai dengan penuh kecomelan kerana disebalik kesusahan itu hiasilah dengan senyuman. hehe