Saturday 22 April 2017

evolusi

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam yang menciptakan langit dan bumi dan segala yang berada diantaranya...

Evolusi merupakan salah satu pelajaran yang terdapat dalam subjek semasa diriku berada di alam universiti. Jika diikutkan, setiap matapelajaran sains mempunyai bahagian yang menerangkan dan mengaitkan tentang evolusi dan kesannya kepada segala makhluk, tidak kira haiwan mahupun tumbuhan dari zaman dahulu hingga kini. Namun, berada di universiti Islam, memberikan satu cahaya baru tentang evolusi. Teringat semasa salah satu kuliah, dalam matapelajaran mikrobiologi. Sebaik sahaja tiba ke bahagian evolusi, pensyarah ku berkata; "Mari kita bergerak ke bahagian lain, kerana bahagian ini tidak penting untuk kita pelajari kerana ianya (evolusi) adalah sesuatu yang sia-sia."

Evolusi yang ku fahami jika mengikut prinsip Barat, evolusi adalah proses perubahan benda hidup dari segi fizikal mahupun dari segi interaksi antara satu benda hidup yang lain untuk mencapai suatu yang lebih baik. Kerana itu, imej evolusi mereka adalah manusia berasal daripada monyet dan berubah dengan waktu sehingga menjadi manusia yang dilihat kini. Adakah kita mahu menerima ataupun tidak? Konsep "siapa yang kuat dialah yang akan terus hidup" juga berkait rapat dengan konsep evolusi barat. Namun, evolusi hanyalah sekadar teori yang tidak mempunyai bukti yang menyokong.  Dalam Islam bagaimana pula? 

“Sungguh, Kami telah Menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”
(At-Tin 4)
Inilah yang disebutkan di dalam Al-Quran tentang kedudukan manusia berbanding dengan ciptaan Allah yang lain. Setiap yang diciptakan oleh Allah Taala tidak kira dilihat sebagai lemah mahupun kuat, setiap satunya mempunyai seribu satu sebab mengapa ia diciptakan. 
Gambar ihsan Mr Google..hehe
Evolusi berlaku dalam kehidupan kita, tapi bukanlah bermaksud setiap kita berubah dari kera, monyet, mawas dan yang sama waktu dengannya. Tapi evolusi dari segi perubahan kita memperbaiki diri. Jom! evolusikan diri kita ke arah redah-Nya...

Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi

22.04.2017
19:00



No comments:

Post a Comment